PUNCA-PUNCA MASJID TIDAK DIKUNJUNGI DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENARIK MINAT GOLONGAN MUDA KE MASJID.
MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
TUGASAN
BERDASARKAN MASALAH
NAMA PENSYARAH: PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD
SESI: SESI 1 2021/2022
KELAS: DAT2C
Ahli Kumpulan :
|
Nama
Pelajar |
No.
Matriks |
|
1.
AINNUR HANISHA BINTI MOHD AFANDI |
04DAT20F2048 |
|
2.
NUR FATIN AZIRA BINTI ABDUL WAHAB |
04DAT20F2040 |
|
3.
SITI NUR FAIZAH BINTI DZUKI |
04DAT20F2025 |
|
4.
WAN SYAFIQAH HANIM BINTI MAT YUNA |
04DAT20F2018 |
Tajuk: PUNCA-PUNCA MASJID TIDAK
DIKUNJUNGI DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENARIK MINAT GOLONGAN MUDA KE MASJID.
![]() |
| Solat jemaah di masjid. |
Pengenalan
Masjid adalah tempat ibadah bagi
umat Islam mengerjakan solat berjemaah dan majlis keagamaan serta pusat
aktiviti sosial umat Islam. Masjid juga berperanan sebagai pusat dakwah bagi
umat Islam. Masjid adalah tempat penyatuan umat Islam dan simbol perpaduan yang
utuh. Masjid mempunyai pengaruh yang besar di dalam pembangunan modal insan.
Institusi masjid pada hari ini bukan sekadar menjadi tempat mendengar dan
mengambil ilmu tetapi ia juga medan tarbiah dan peradaban masyarakat.
Masjid juga merupakan institusi
penting dalam membangunkan masyarakat. Peranan masjid merupakan agen untuk
menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan masyarakat. Masjid juga
merupakan tempat beribadat yang selalu dikunjungi oleh semua peringkat umur
tidak kira tua atau muda ketika bulan Ramadhan. Namun begitu selepas habisnya
bulan Ramadhan masjid hanya dikunjungi pada hari jumaat sahaja oleh orang muda
dan orang tua. Pada waktu lain pula masjid hanya dikunjungi oleh orang tua sahaja.
Jadi apakah yang perlu kita lakukan untuk mengajak orang muda selalu ke masjid?
Disini kami ingin membincangkan
topik mangenai masjid yang sunyi dan kurangnya jemaah. Pada masa dahulu, masjid
ini mempunyai bilangan jemaah yang ramai bahkan setiap kali masuk waktu solat,
ramai jemaah yang datang untuk solat berjemaah bersama-sama. Namun sejak
kebelakangan ini, masjid Nasharudin shah yang berada di kampung raja kurang
jemaah disebabkan beberapa perkara seperti tidak melakukan aktiviti-aktiviti
yang dapat mengeratkan lagi silaturahim antara jemaah yang datang ke masjid
ini. Masjid ini hanya mempunyai beberapa jemaah sahaja yang datang solat
berjemaah bersama samada solat subuh, zuhur, asar, maghrib mahupun isyak.
Definisi Masjid:
Masjid (مَسْجِد) pada bahasa Arab
ialah nama bagi tempat bersujud. Dari sudut syara’nya boleh ditakrifkan kepada
dua: Tempat permukaan bumi, ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
وَجُعِلَتْ لِيَ الأَرْضُ
مَسْجِدًا وَطَهُورًا
Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi
ini sebagai masjid (tempat bersujud)”
Riwayat al-Bukhari (438)
Maksud Pengimarahan:
أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ
وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِندَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ
لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: Adakah kamu
sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan
Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah?
Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak
memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. Surah al-Taubah (19)
Masjid juga berfungsi sebagai
tempat ibadah, masjid merupakan penghubung seorang hamba dengan penciptanya
dalam bentuk solat. Walaupun Islam tidak membataskan bahawa solat hanya
dilakukan di masjid (bumi merupakan masjid Allah di mana saja seorang muslim
dapat melaksanakan solat apabila telah datang waktunya) Nabi selalu
menganjurkan umatnya agar senantiasa melaksanakan solat berjamaah di masjid.
Terdapat banyak riwayat hadis yang menerangkan pentingnya solat berjemaah.
Namun bagi kehidupan Muslim,
masjid bukan hanya sebagai tempat ibadah seperti halnya gereja dan lainnya,
akan tetapi masjid merupakan pusat kehidupan umat Islam. Sebagai pusat kegiatan
tentunya masjid mempunyai fungsi yang pelbagai, antaranya: fungsi keagamaan,
fungsi pendidikan, fungsi ekonomi, fungsi sosial, fungsi politik dan
sebagainya. Jika kita melihat kembali ke zaman Rasulullah SAW, maka kita dapati
bahawa Rasullah SAW mengadakan pelbagai kegiatan untuk kepentingan umat di
masjid.
PUNCA-PUNCA MASJID TIDAK
DIKUNJUNGI DAN PENYELESAIAN
Ø Fungsi masjid yang terhad.
Masjid yang boleh mempelbagaikan
fungsinya mampu menarik masyarakat Islam untuk terus istiqamah mengimarahkan
masjid. Namun secara umumnya banyak masjid yang masih kekal dengan fungsi
asasnya sebagai tempat ibadah khusus dan beberapa urusan lain. Pada ketika ini
terhad dan terbatas kepada aktiviti rutin seperti solat berjemaah,kuliah,
urusan pernikahan, kematian dan ibadah korban. Tidak banyak masjid yang mampu
menjalankan aktiviti yang melibatkan komuniti yang lebih luas seperti program
bersama persatuan penduduk, riadah dan kesukanan atau sambutan programtertentu
melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam. Keterbatasan ini dapat dikaitkan
dengan beberapa kekangan seperti pemikiran ahli jawatankuasa masjid (AJK) yang
tidak terbuka dan segelintir masyarakat yang menganggap program atau aktiviti
seperti klinik usahawan, kempen kesihatan, pusat kaunseling, kelas tuisyen,
kelas pertahanan diri dan sebagainya tidak boleh dianjurkan di masjid.
ü Penyelesaian:
PENGURUSAN ORGANISASI YANG
BERKESAN.
a) Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid
Pemilihan AJK Masjid mesti
dilakukan dengan teliti dan serius, bukan sekadar melengkapkan takwim tahunan
atau memenuhi tuntutan Pejabat Agama. Sumber manusia dalam mana-mana organisasi
perlu mengambil kira dua aspek penting iaitu Al-Qawiyy (kuat) dan Al-Amin (amanah).
Kuat bermaksud mampu dari segi ilmu dan kemahiran seperti dakwah, komunikasi,
teknologi maklumat, pengurusan organisasi dan lain-lain. Amanah pula diperlukan
untuk memastikan tanggungjawab sebagai AJK Masjid dijalankan dengan ikhlas dan
penuh komitmen. Dalam menilai kelayakan seseorang, tidaklah bermaksud mereka
perlu sempurna tetapi sekurang-kurangya ada asas kepada dua nilai di atas.
Dengan itu, akan wujudlah sebuah pasukan pengurusan masjid yang mantap insya
Allah.
b) Pemantapan AJK
Latihan dari semasa ke semasa boleh dibuat untuk
memantapkan AJK masjid terutamanya untuk gerak kerja dakwah, pengurusan
organisasi, dokumentasi kerja dan lain-lain. Kursus induksi pada peringkat awal
dan seterusnya kursus-kursus bersiri perlu disusun. Wakil-wakil AJK yang
menghadiri kursus atau persidangan luar di mana-mana peringkat perlu
menyampaikan kepada AJK Masjid yang lain dan seterusnya berusaha melaksanakan
apa yang diterima. Kita tidak mahu sekadar menghadiri kursus.
Carta
organisasi yang bagus untuk memudahkan tugasan di masjid.
Ø Tiada kemudahan.
Banyak juga masjid tidak dapat
menyediakan kemudahan yang sesuai atas beberapa kekangan seperti kewangan,
keluasan persekitaran masjid yang terhad, lokasi yang kurang sesuai dan
masyarakat sekitar yang tidak membantu. Kepelbagaian fungsi masjid yang sesuai
dengan keperluan semasa boleh dianggap sebagai pusat sehentian yang dikenali
sebagai ‘one stop center’ kerana keperluan masyarakat tidak hanya tertumpu pada
perkara fardu ain semata-mata. Keperluan bersosial dan keperluan hidup yang
lain boleh diuruskan di kawasan masjid atau pun berhampiran kawasan masjid.
Namun, ia juga tertakluk kepada kesesuaian aktiviti dengan lokasi dan keluasan
persekitaran masjid.
ü Penyelesaian
MENINGKATKAN KEMUDAHAN DAN
PENJAGAAN INFRASTRUKTUR
a) Galeri Akhbar
Galeri ini mengandungi akhbar
harian, buku-buku dan majalah-majalah islamik. Lengkap dengan kerusi dan meja
yang mempunyai susun atur dan rekabentuk yang menarik dan selesa kepada jemaah
dan pengunjung masjid. Cadangan lokasi ialah ruangan yang baru siap dibina di
bahagian tepi masjid mengadap ke kawasan letak kereta. Memandangkan ramai orang
yang ingin membaca akhbar, ini akan menjadi salah satu daya tarikan untuk
mendekatkan masyarakat dengan masjid. Bermula dengan akhbar, mereka boleh
tertarik dengan bahan bacaan islamik yang lain seperti buku dan majalah. Cuma,
untuk menjaga kesucian masjid dan adab, bahagian-bahagian yang tidak elok
seperti hiburan tidak perlu diletakkan. Gambar-gambar mendedahkan aurat dalam
akhbar juga boleh dihitamkan.
b) Bilik Seminar
Pengubahsuaian boleh dibuat pada
masjid lama. Mungkin boleh dibuat ‘partitions’. Kemudahan peralatan seperti
projektor LCD, skrin pemancar, pointer, whiteboard, PA system, meja dan kerusi
yang sesuai perlu ada. Penghawa dingin juga boleh dipasang untuk keselesaan
pengguna. Antara fungsi bilik ini adalah untuk mesyuarat, ceramah, seminar,
bengkel, pembentangan, taklimat, sidang media, kelas dan pusat operasi.
Penggunaan bilik ini juga boleh disewakan kepada mana-mana organisasi luar seperti
kelab-kelab belia, JKKK, persatuan-persatuan dan sekolah. Ini akan menjadi
salah satu sumber kewangan bagi masjid. Ia juga mencerminkan professionalisme
masjid. Untuk isu keselamatan, boleh ditambah gril pada masjid lama
memandangkan banyak peralatan berharga disimpan di sana.
C) Kawasan Rehat dan Taman
Permainan Kanak-Kanak
Ø
Kurang didikan
Agama
Didikan awal yang tidak
menitikberatkan hubungan dengan masjid juga menjadi penyebab kepada individu
yang tidak berminat ke masjid. Pihak jawatankuasa masjid pula dilihat tidak
terbuka dalam menerima kepelbagaian peringkat umur anak kariah terutamanya para
remaja. Para remaja tidak didedahkan dengan kelebihan-kelebihan ke masjid,
tidak diberi peluang berada dalam organisasi masjid, tidak diberi perhatian
dalam penganjuran aktiviti aktiviti dan program di samping pengaruh dunia luar
yang melalaikan seperti budaya hedonisme dan budaya kebebasan. Para remaja
tidak menghiraukan dan tidak mengambil peduli dengan aktiviti kerohanian yang
diadakan di masjid dan surau kerana remaja mudah terpengaruh dengan
budaya luar.
ü
Penyelesaian
SKOP DAN KAEDAH PELAKSANAAN
AKTIVITI
Skop dan kaedah pelaksanaan aktiviti masjid boleh diperluas untuk menarik semua
peringkat umur terutamanya golongan muda ke masjid. Kita perlu menonjolkan
elemen Islam sebagai ad-din atau cara hidup yang tidak terhad kepada ibadah
khusus sahaja. Kita juga harus menjadikan masjid sebagai institusi yang penting
sepanjang sejarah hidup seseorang yang menjadikannya sentiasa dikenang dalam ingatan
individu tersebut lantas tidak menjadikan masjid sebagai sesuatu yang asing.
a) Penggunaan Teknologi
– Projektor LCD ketika khutbah/kuliah. Jemaah dapat melihat ayat-ayat al-Quran
yang dibacakan dan dapat mengingati isi-isi yang disampaikan dengan lebih baik.
– Sistem PA yang baik dapat membantu bacaan Imam ketika solat dan penyampaian
khutbah/kuliah. Melabur sedikit untuk keperluan ibadah yang berkualiti tidak
akan merugikan.
b) Kuliah Pagi Jumaat dan Kelas Pengajian Agama
Kuliah ini dapat mewujudkan suatu budaya ilmu di kalangan masyarakat dan boleh
berfungsi sebagai tazkirah pengisian rohani pada hujung minggu setelah sibuk
bekerja sepanjang lima hari. Kita boleh memanggil penceramah luar atau gunakan
sahaja khidmat orang kita. Antara subjek-subjek yang boleh diketengahkan ialah
tafsir al-Quran, fiqah, syarah hadith, ‘aqidah, tazkiyatunnafs atau tazkirah
umum. Kelas-kelas agama seperti KAFA, kuliah mingguan dan kelas al-quran boleh
terus dimantapkan dan ditingkatkan promosinya. Mungkin boleh diubah cara
penyampaian seperti mengadakannya dalam bentuk forum, pidato, kuiz, tayangan
atau soal jawab. Sekali sekala boleh juga dijemput tokoh-tokoh ulama’ dalam
negara/negeri untuk memberi sedikit kelainan, membangkitkan semangat dan menarik minat para jemaah.
| Ramai jemaah yang menghadiri kuliah di masjid. |
CONTOH-CONTOH MASJID MEMBUAT
PENDEKATAN UNTUK MENARIK MINAT ANAK MUDA KE MASJID.
MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ, BANGSAR, KUALA LUMPUR.
| Masjid Saidina Abu Bakar As-siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur. |
Masjid ini dilihat
menggunakan pendekatan yang lebih realistik dan relevan bersesuaian dengan citarasa remaja dan tuntutan zaman.
Contohnya, dengan menyediakan kelas kemahiran komputer. Ianya dilihat memenuhi
keperluan zaman kini yang sangat menuntut golongan muda supaya
celik IT dan tidak hanya
membazir masa dengan aktiviti
tidak bermanfaat. Selain itu,
pihak pengurusan masjid
mengambil pendekatan harmoni
dan bersikap terbuka asalkan
ianya masih di
dalam batasan syari’at
Islam. Pada hari-hari sambutan hari
Valentine umpamanya, pihak
masjid mendapatkan kerjasama
dengan Pertubuhan Kebajikan Darul
Islah (PERKID) mengadakan
kempen kesedaran kepada remaja-remaja dan pasangan
yang sedang bercinta agar tidak terlibat dalam
gejala dan budaya yang tidak
selari dengan ajaran Islam. Remaja diingatkan bahawa perasaan cinta itu tidak salah
tetapi perlu disalurkan kepada
yang berhak iaitu mencintai
Allah SWT dan Rasulullah SAW.
MASJID USAMAH B. ZAID, WANGSA MAJU.
| Masjid Usamah b. Zaid, Wangsa Maju. |
MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC.
| Masjid Asy-Syakirin, KLCC. |
Pendek kata, pihak pentadbiran masjid ini lebih cenderung memanipulasikan kuasa atau pengaruh serta gemar mengaplikasikan teknologi moden dalam setiap program yang dilaksanakan. Program-program yang dirancang juga lebih bersifat kontemporari tetapi masih di dalam batasan syari’at Islam. Kebanyakan program dianjurkan secara besar-besaran dengan mendapat kerjasama dari pertubuhan-pertubuhan yang berautoriti sepertiJamaah Islah Malaysia (JIM), ABIM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan banyak lagi. Mereka juga menampilkan pendakwah-pendakwah hebat yang dikenali.
KESIMPULAN
Sebagai perkongsian dan
perincian, marilah kita sama-sama menghayati kata-kata Syeikh Dr. Mustafa
al-Siba’i dalam perbahasan beliau tentang pembinaan Masjid Nabawi serta fungsi
sebenar masjid. Semoga ada manfaatnya buat para pembaca yang budiman sekalian.
“Apabila Rasulullah SAW tiba di
Madinah, maka kerja yang pertama dilakukan adalah membina padanya masjid. Ini
menunjukkan kepentingan masjid dalam Islam. Apatah lagi terdapat pada masjid
itu mesej kemasyarakatan dan kerohanian yang besar kedudukannya dalam kehidupan
muslimin. Masjidlah yang menyatupadukan mereka, mendidik jiwa, menyedarkan hati
dan akal, menyelesaikan masalah dan di masjidlah dizahirkan kekuatan dan
prinsip mereka.
Sejarah masjid dalam Islam telah
membuktikan bahawa daripada masjid bergeraknya tentera Islam memenuhi bumi
dengan hidayah Allah. Daripada masjid juga diutuskan obor cahaya dan hidayah
untuk muslimin dan selain mereka. Di masjidlah bermula subur dan berkembangnya
benih ketamadunan Islam. Tidaklah Abu Bakr, `Umar, Uthman, `Ali, Khalid, Sa`ad,
Abu `Ubaidah dan seumpama mereka, yang merupakan tokoh-tokoh agung sejarah Islam
melainkan para penuntut di madrasah Muhammadiyyah (sekolah Rasulullah SAW),
yang bertempat di Masjid Nabawi.
Jadikanlah masjid kembali sebagai
tempat utama dalam semua institusi kemasyarakatan kita. Jadikanlah masjid
kembali memainkan peranannya dalam mentarbiah manusia, melahirkan tokoh,
membaiki kerosakan masyarakat, memerangi kemungkaran dan membina masyarakat
atas asas taqwa dan keredhaan Allah.” Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah: Durus wa
`Ibar, hlm. 74-75)
Akhir kalam, sekali lagi kami
ingin menegaskan bahawa masjid merupakan jambatan antara manusia dengan
Tuhannya dan juga sesama manusia sehingga terikatnya keampuhan ukhuwwah
Islamiyyah dalam mentahqiqkan hablummnillah
dan hablumminannas.Jika hal ini dapat dilaksanakan, sudah tentu
masjid akan dapat benar-benar diperkasakan dan akhirnya masyarakat menjadi
cintakan masjid serta beramai-ramai mengimarahkannya terutamanya dalam kalangan
anak muda.

Nicee❤️❤️❤️
ReplyDeleteMudah difahami dan kemas💓💓
ReplyDelete