PUNCA-PUNCA MASJID TIDAK DIKUNJUNGI DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENARIK MINAT GOLONGAN MUDA KE MASJID.

 



MPU23012

PENGAJIAN ISLAM

TUGASAN BERDASARKAN MASALAH

 

NAMA PENSYARAH: PUAN NOR ARYADA BINTI MAHMAD

SESI: SESI 1 2021/2022

KELAS: DAT2C

 

Ahli Kumpulan :

                           Nama Pelajar

No. Matriks

1.     AINNUR HANISHA BINTI MOHD AFANDI

04DAT20F2048

2.     NUR FATIN AZIRA BINTI ABDUL WAHAB

04DAT20F2040

3.     SITI NUR FAIZAH BINTI

DZUKI

04DAT20F2025

4.     WAN SYAFIQAH HANIM BINTI MAT YUNA

04DAT20F2018




Tajuk: PUNCA-PUNCA MASJID TIDAK DIKUNJUNGI DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENARIK MINAT GOLONGAN MUDA KE MASJID.

Solat jemaah di masjid. 


Pengenalan

Masjid adalah tempat ibadah bagi umat Islam mengerjakan solat berjemaah dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid juga berperanan sebagai pusat dakwah bagi umat Islam. Masjid adalah tempat penyatuan umat Islam dan simbol perpaduan yang utuh. Masjid mempunyai pengaruh yang besar di dalam pembangunan modal insan. Institusi masjid pada hari ini bukan sekadar menjadi tempat mendengar dan mengambil ilmu tetapi ia juga medan tarbiah dan peradaban masyarakat.

Masjid juga merupakan institusi penting dalam membangunkan masyarakat. Peranan masjid merupakan agen untuk menyatukan masyarakat dan membantu menyelesaikan urusan masyarakat. Masjid juga merupakan tempat beribadat yang selalu dikunjungi oleh semua peringkat umur tidak kira tua atau muda ketika bulan Ramadhan. Namun begitu selepas habisnya bulan Ramadhan masjid hanya dikunjungi pada hari jumaat sahaja oleh orang muda dan orang tua. Pada waktu lain pula masjid hanya dikunjungi oleh orang tua sahaja. Jadi apakah yang perlu kita lakukan untuk mengajak orang muda selalu ke masjid?

 

Disini kami ingin membincangkan topik mangenai masjid yang sunyi dan kurangnya jemaah. Pada masa dahulu, masjid ini mempunyai bilangan jemaah yang ramai bahkan setiap kali masuk waktu solat, ramai jemaah yang datang untuk solat berjemaah bersama-sama. Namun sejak kebelakangan ini, masjid Nasharudin shah yang berada di kampung raja kurang jemaah disebabkan beberapa perkara seperti tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan lagi silaturahim antara jemaah yang datang ke masjid ini. Masjid ini hanya mempunyai beberapa jemaah sahaja yang datang solat berjemaah bersama samada solat subuh, zuhur, asar, maghrib mahupun isyak.

 

Definisi Masjid:

Masjid (مَسْجِد) pada bahasa Arab ialah nama bagi tempat bersujud. Dari sudut syara’nya boleh ditakrifkan kepada dua: Tempat permukaan bumi, ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

وَجُعِلَتْ لِيَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا

Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)”

Riwayat al-Bukhari (438)

Maksud Pengimarahan:

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِندَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. Surah al-Taubah (19)

Masjid juga berfungsi sebagai tempat ibadah, masjid merupakan penghubung seorang hamba dengan penciptanya dalam bentuk solat. Walaupun Islam tidak membataskan bahawa solat hanya dilakukan di masjid (bumi merupakan masjid Allah di mana saja seorang muslim dapat melaksanakan solat apabila telah datang waktunya) Nabi selalu menganjurkan umatnya agar senantiasa melaksanakan solat berjamaah di masjid. Terdapat banyak riwayat hadis yang menerangkan pentingnya solat berjemaah.

Namun bagi kehidupan Muslim, masjid bukan hanya sebagai tempat ibadah seperti halnya gereja dan lainnya, akan tetapi masjid merupakan pusat kehidupan umat Islam. Sebagai pusat kegiatan tentunya masjid mempunyai fungsi yang pelbagai, antaranya: fungsi keagamaan, fungsi pendidikan, fungsi ekonomi, fungsi sosial, fungsi politik dan sebagainya. Jika kita melihat kembali ke zaman Rasulullah SAW, maka kita dapati bahawa Rasullah SAW mengadakan pelbagai kegiatan untuk kepentingan umat di masjid.

 

PUNCA-PUNCA MASJID TIDAK DIKUNJUNGI DAN PENYELESAIAN

Ø Fungsi masjid yang terhad.

Masjid yang boleh mempelbagaikan fungsinya mampu menarik masyarakat Islam untuk terus istiqamah mengimarahkan masjid. Namun secara umumnya banyak masjid yang masih kekal dengan fungsi asasnya sebagai tempat ibadah khusus dan beberapa urusan lain. Pada ketika ini terhad dan terbatas kepada aktiviti rutin seperti solat berjemaah,kuliah, urusan pernikahan, kematian dan ibadah korban. Tidak banyak masjid yang mampu menjalankan aktiviti yang melibatkan komuniti yang lebih luas seperti program bersama persatuan penduduk, riadah dan kesukanan atau sambutan programtertentu melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam. Keterbatasan ini dapat dikaitkan dengan beberapa kekangan seperti pemikiran ahli jawatankuasa masjid (AJK) yang tidak terbuka dan segelintir masyarakat yang menganggap program atau aktiviti seperti klinik usahawan, kempen kesihatan, pusat kaunseling, kelas tuisyen, kelas pertahanan diri dan sebagainya tidak boleh dianjurkan di masjid.

ü Penyelesaian:

PENGURUSAN ORGANISASI YANG BERKESAN.

a) Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid

Pemilihan AJK Masjid mesti dilakukan dengan teliti dan serius, bukan sekadar melengkapkan takwim tahunan atau memenuhi tuntutan Pejabat Agama. Sumber manusia dalam mana-mana organisasi perlu mengambil kira dua aspek penting iaitu Al-Qawiyy (kuat) dan Al-Amin (amanah). Kuat bermaksud mampu dari segi ilmu dan kemahiran seperti dakwah, komunikasi, teknologi maklumat, pengurusan organisasi dan lain-lain. Amanah pula diperlukan untuk memastikan tanggungjawab sebagai AJK Masjid dijalankan dengan ikhlas dan penuh komitmen. Dalam menilai kelayakan seseorang, tidaklah bermaksud mereka perlu sempurna tetapi sekurang-kurangya ada asas kepada dua nilai di atas. Dengan itu, akan wujudlah sebuah pasukan pengurusan masjid yang mantap insya Allah.

b) Pemantapan AJK

 Latihan dari semasa ke semasa boleh dibuat untuk memantapkan AJK masjid terutamanya untuk gerak kerja dakwah, pengurusan organisasi, dokumentasi kerja dan lain-lain. Kursus induksi pada peringkat awal dan seterusnya kursus-kursus bersiri perlu disusun. Wakil-wakil AJK yang menghadiri kursus atau persidangan luar di mana-mana peringkat perlu menyampaikan kepada AJK Masjid yang lain dan seterusnya berusaha melaksanakan apa yang diterima. Kita tidak mahu sekadar menghadiri kursus.

Carta organisasi yang bagus untuk memudahkan tugasan di masjid

                             

Ø Tiada kemudahan.

Banyak juga masjid tidak dapat menyediakan kemudahan yang sesuai atas beberapa kekangan seperti kewangan, keluasan persekitaran masjid yang terhad, lokasi yang kurang sesuai dan masyarakat sekitar yang tidak membantu. Kepelbagaian fungsi masjid yang sesuai dengan keperluan semasa boleh dianggap sebagai pusat sehentian yang dikenali sebagai ‘one stop center’ kerana keperluan masyarakat tidak hanya tertumpu pada perkara fardu ain semata-mata. Keperluan bersosial dan keperluan hidup yang lain boleh diuruskan di kawasan masjid atau pun berhampiran kawasan masjid. Namun, ia juga tertakluk kepada kesesuaian aktiviti dengan lokasi dan keluasan persekitaran masjid.

ü Penyelesaian

MENINGKATKAN KEMUDAHAN DAN PENJAGAAN INFRASTRUKTUR

a) Galeri Akhbar

Galeri ini mengandungi akhbar harian, buku-buku dan majalah-majalah islamik. Lengkap dengan kerusi dan meja yang mempunyai susun atur dan rekabentuk yang menarik dan selesa kepada jemaah dan pengunjung masjid. Cadangan lokasi ialah ruangan yang baru siap dibina di bahagian tepi masjid mengadap ke kawasan letak kereta. Memandangkan ramai orang yang ingin membaca akhbar, ini akan menjadi salah satu daya tarikan untuk mendekatkan masyarakat dengan masjid. Bermula dengan akhbar, mereka boleh tertarik dengan bahan bacaan islamik yang lain seperti buku dan majalah. Cuma, untuk menjaga kesucian masjid dan adab, bahagian-bahagian yang tidak elok seperti hiburan tidak perlu diletakkan. Gambar-gambar mendedahkan aurat dalam akhbar juga boleh dihitamkan.

b) Bilik Seminar

Pengubahsuaian boleh dibuat pada masjid lama. Mungkin boleh dibuat ‘partitions’. Kemudahan peralatan seperti projektor LCD, skrin pemancar, pointer, whiteboard, PA system, meja dan kerusi yang sesuai perlu ada. Penghawa dingin juga boleh dipasang untuk keselesaan pengguna. Antara fungsi bilik ini adalah untuk mesyuarat, ceramah, seminar, bengkel, pembentangan, taklimat, sidang media, kelas dan pusat operasi. Penggunaan bilik ini juga boleh disewakan kepada mana-mana organisasi luar seperti kelab-kelab belia, JKKK, persatuan-persatuan dan sekolah. Ini akan menjadi salah satu sumber kewangan bagi masjid. Ia juga mencerminkan professionalisme masjid. Untuk isu keselamatan, boleh ditambah gril pada masjid lama memandangkan banyak peralatan berharga disimpan di sana.



     Contoh bilik seminar yang selesa dan kemas.

C) Kawasan Rehat dan Taman Permainan Kanak-Kanak


Biasanya, padang bola digunakan oleh golongan remaja dan dewasa. Jadi, amat sesuai untuk kita wujudkan satu kawasan permainan kanak-kanak di kawasan masjid. Ini membolehkan keluarga mereka membawa mereka bersiar-siar dan bermain di situ. Masjid akan berfungsi sebagai tempat beristirehat dan menenangkan fikiran bersama keluarga setelah kepenatan bekerja ataupun lokasi rehat pada hujung minggu. Langkah ini juga memberi persepsi yang baik kepada pemikiran kanak-kanak yang baru berkembang terhadap masjid. Pondok-pondok rehat juga boleh dibina untuk kemudahan jemaah yang datang serta boleh juga digunakan semasa program-program masjid dijalankan. Contohnya sebagai tempat duduk jemaah wanita yang uzur untuk mendengar ceramah. Kawasan yang dicadangkan untuk Taman Permainan Kanak-Kanak ialah sebelah tempat letak motor dalam pagar masjid. Taman bunga yang sedia ada boleh diubahsuai dan ditambah dengan pondok rehat.

Taman permainan masjid Jamek Pekan Nenas.

Ø  Kurang didikan Agama

Didikan awal yang tidak menitikberatkan hubungan dengan masjid juga menjadi penyebab kepada individu yang tidak berminat ke masjid. Pihak jawatankuasa masjid pula dilihat tidak terbuka dalam menerima kepelbagaian peringkat umur anak kariah terutamanya para remaja. Para remaja tidak didedahkan dengan kelebihan-kelebihan ke masjid, tidak diberi peluang berada dalam organisasi masjid, tidak diberi perhatian dalam penganjuran aktiviti aktiviti dan program di samping pengaruh dunia luar yang melalaikan seperti budaya hedonisme dan budaya kebebasan. Para remaja tidak menghiraukan dan tidak mengambil peduli dengan aktiviti kerohanian yang diadakan di masjid dan surau kerana remaja mudah terpengaruh  dengan budaya luar.

ü  Penyelesaian

SKOP DAN KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI

Skop dan kaedah pelaksanaan aktiviti masjid boleh diperluas untuk menarik semua peringkat umur terutamanya golongan muda ke masjid. Kita perlu menonjolkan elemen Islam sebagai ad-din atau cara hidup yang tidak terhad kepada ibadah khusus sahaja. Kita juga harus menjadikan masjid sebagai institusi yang penting sepanjang sejarah hidup seseorang yang menjadikannya sentiasa dikenang dalam ingatan individu tersebut lantas tidak menjadikan masjid sebagai sesuatu yang asing.

a) Penggunaan Teknologi

– Projektor LCD ketika khutbah/kuliah. Jemaah dapat melihat ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan dapat mengingati isi-isi yang disampaikan dengan lebih baik.
– Sistem PA yang baik dapat membantu bacaan Imam ketika solat dan penyampaian khutbah/kuliah. Melabur sedikit untuk keperluan ibadah yang berkualiti tidak akan merugikan.

b) Kuliah Pagi Jumaat dan Kelas Pengajian Agama 

Kuliah ini dapat mewujudkan suatu budaya ilmu di kalangan masyarakat dan boleh berfungsi sebagai tazkirah pengisian rohani pada hujung minggu setelah sibuk bekerja sepanjang lima hari. Kita boleh memanggil penceramah luar atau gunakan sahaja khidmat orang kita. Antara subjek-subjek yang boleh diketengahkan ialah tafsir al-Quran, fiqah, syarah hadith, ‘aqidah, tazkiyatunnafs atau tazkirah umum. Kelas-kelas agama seperti KAFA, kuliah mingguan dan kelas al-quran boleh terus dimantapkan dan ditingkatkan promosinya. Mungkin boleh diubah cara penyampaian seperti mengadakannya dalam bentuk forum, pidato, kuiz, tayangan atau soal jawab. Sekali sekala boleh juga dijemput tokoh-tokoh ulama’ dalam negara/negeri untuk memberi sedikit kelainan, membangkitkan semangat dan menarik minat para jemaah.


Ramai jemaah yang menghadiri kuliah di masjid.



CONTOH-CONTOH MASJID MEMBUAT PENDEKATAN UNTUK MENARIK MINAT ANAK MUDA KE MASJID.


MASJID SAIDINA ABU BAKAR  AS-SIDDIQ, BANGSAR, KUALA LUMPUR.

Masjid Saidina Abu Bakar  As-siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

Masjid ini dilihat menggunakan  pendekatan yang lebih realistik dan relevan bersesuaian  dengan citarasa remaja dan tuntutan zaman. Contohnya, dengan menyediakan kelas kemahiran komputer. Ianya dilihat memenuhi keperluan zaman kini yang sangat menuntut golongan  muda supaya  celik IT  dan tidak  hanya membazir  masa dengan  aktiviti  tidak bermanfaat.  Selain  itu,  pihak  pengurusan  masjid  mengambil  pendekatan  harmoni  dan bersikap  terbuka  asalkan  ianya  masih  di  dalam  batasan  syari’at  Islam.  Pada  hari-hari sambutan  hari  Valentine  umpamanya,  pihak  masjid  mendapatkan  kerjasama  dengan Pertubuhan  Kebajikan  Darul  Islah  (PERKID)  mengadakan  kempen  kesedaran  kepada remaja-remaja  dan pasangan  yang sedang  bercinta  agar tidak  terlibat dalam  gejala  dan budaya yang tidak selari dengan ajaran Islam. Remaja diingatkan bahawa perasaan cinta itu tidak  salah  tetapi perlu disalurkan kepada  yang  berhak iaitu  mencintai  Allah SWT  dan Rasulullah SAW.


 MASJID USAMAH B. ZAID, WANGSA MAJU.

Masjid Usamah b. Zaid, Wangsa Maju.


Masjid ini menggunakan pendekatan yang lebih halus dalam menawan golongan remaja. Contohnya: pihak pengurusan masjid membina hubungan  akrab dengan  remaja terlebih dahulu, mendapatkan maklumat latar belakang remaja seperti nama, nombor telefon dan alamat. Justeru, ia memudahkan pihak pengurusan masjid untuk membuat hebahan setiap kali program bakal berlangsung. Dengan ini, remaja tidak akan ketinggalan dalam setiap program.

 

MASJID ASY-SYAKIRIN, KLCC.


Masjid Asy-Syakirin, KLCC.


Pendek kata, pihak pentadbiran masjid ini lebih cenderung memanipulasikan kuasa atau pengaruh  serta  gemar  mengaplikasikan  teknologi  moden  dalam  setiap  program  yang dilaksanakan. Program-program yang dirancang  juga lebih bersifat kontemporari tetapi masih  di  dalam  batasan  syari’at  Islam.  Kebanyakan  program  dianjurkan  secara  besar-besaran dengan mendapat kerjasama dari pertubuhan-pertubuhan yang berautoriti sepertiJamaah  Islah  Malaysia  (JIM),  ABIM,  Majlis  Agama  Islam  Wilayah  Persekutuan (MAIWP)  dan  banyak  lagi.  Mereka  juga  menampilkan  pendakwah-pendakwah  hebat yang dikenali.

KESIMPULAN

Sebagai perkongsian dan perincian, marilah kita sama-sama menghayati kata-kata Syeikh Dr. Mustafa al-Siba’i dalam perbahasan beliau tentang pembinaan Masjid Nabawi serta fungsi sebenar masjid. Semoga ada manfaatnya buat para pembaca yang budiman sekalian.

“Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, maka kerja yang pertama dilakukan adalah membina padanya masjid. Ini menunjukkan kepentingan masjid dalam Islam. Apatah lagi terdapat pada masjid itu mesej kemasyarakatan dan kerohanian yang besar kedudukannya dalam kehidupan muslimin. Masjidlah yang menyatupadukan mereka, mendidik jiwa, menyedarkan hati dan akal, menyelesaikan masalah dan di masjidlah dizahirkan kekuatan dan prinsip mereka.

Sejarah masjid dalam Islam telah membuktikan bahawa daripada masjid bergeraknya tentera Islam memenuhi bumi dengan hidayah Allah. Daripada masjid juga diutuskan obor cahaya dan hidayah untuk muslimin dan selain mereka. Di masjidlah bermula subur dan berkembangnya benih ketamadunan Islam. Tidaklah Abu Bakr, `Umar, Uthman, `Ali, Khalid, Sa`ad, Abu `Ubaidah dan seumpama mereka, yang merupakan tokoh-tokoh agung sejarah Islam melainkan para penuntut di madrasah Muhammadiyyah (sekolah Rasulullah SAW), yang bertempat di Masjid Nabawi.

Jadikanlah masjid kembali sebagai tempat utama dalam semua institusi kemasyarakatan kita. Jadikanlah masjid kembali memainkan peranannya dalam mentarbiah manusia, melahirkan tokoh, membaiki kerosakan masyarakat, memerangi kemungkaran dan membina masyarakat atas asas taqwa dan keredhaan Allah.” Lihat al-Sirah al-Nabawiyyah: Durus wa `Ibar, hlm. 74-75)

Akhir kalam, sekali lagi kami ingin menegaskan bahawa masjid merupakan jambatan antara manusia dengan Tuhannya dan juga sesama manusia sehingga terikatnya keampuhan ukhuwwah Islamiyyah dalam mentahqiqkan hablummnillah dan hablumminannas.Jika hal ini dapat dilaksanakan, sudah tentu masjid akan dapat benar-benar diperkasakan dan akhirnya masyarakat menjadi cintakan masjid serta beramai-ramai mengimarahkannya terutamanya dalam kalangan anak muda.

 










Comments

Post a Comment